Selasa, 14 April 2009

APAKAH HUBUNGKAITNYA DENGAN 21 DISEMBER 2012

kiamat..? itu yang heboh diperkatakan pada 2012, apa yang kita faham sebearnya tidak mampu mengatasi pemikiran manusia. Kita tidak sedar bahawa kita telah banyak dipengaruhi oleh dunia luar. Saintins sentiasa mahu membuktikan setia penememuan mereka, sejauh manakah kebenaran mereka..? masih menjadi tanda tanya. Biarlah masa yang menetukan apa yang akan terjadi pada masa akana datang dan arkitektur terus bernyawa atau tidak.

JELASKAN PENGHASILAN ARKITEKTUR MODEN DENGAN MENGKRITIK PENERANGAN TERSEBUT

Arkitek masa kini banyak di pengaruhi oleh kos dan masa. Banyak hasilnya tidak dapat dibanggakan kerana mereka hanya memikirkan nama tanpa memikirkan impak pada masa hadapan. Hal ini membuatakn arkitektur makin kurang diminati dan sering dipersalahkan oleh persekitaran masa kini.

AMBIL SATU PENERANGAN SEJARAH ARKITEKTUR EROPAH

Eropah merupakan sebuah benua yang dahulunya terkenal dengan senibina hasilnya. Di lihat sebagai satu era permulaan dalam arkitektur, eropah di kenali oleh semua negara. Pelbagai yang dilakukan oleh eropah pada masa itu. Rekaan arkitektur yang banyak bermain dengan unsur alam dan agama. Hal ini membuatkan kiraan hasil yang ditonjokan oleh mereka mendapat perhatian. Sehingga berlakunya zaman gelap atau dikenali zaman renaisine, eropah tengelam dan bangkit dengan arkitektur yang lebih moden dan matang

Rabu, 25 Februari 2009

Apakah datum kebenaran anda



Kebernaran akan terbit apaila kita mempunyai bukti yang kukuh dan tidak boleh dipertikaikan. Sebagai contoh apabila kita ingin berbicara, sesuatu yang hendak diutarakan harus diberikan fakta yang kukuh.

Datum yang hendak dikaji kebenaranya adalah melalui jalan atau cara penyampainya.Ini bergantung kepada mereka yang menilainya. Kebenaran bagi saya adalah fakta yang kukuh. Datum kebenaran yang hendak saya berikan adalah dengan memberikan keyakinan dan kejujuran dalam sesebuah hasil.

Hal ini aka memberikan impak yang besar dan fahaman yang positif. Saya juga mengamalkan sikap ikhlas dalam menghasilkan sesebuah karya atau lakaran yang hendak dipamerkan.

Sarankan kaedah bagaimana membasmi diinformasi


Membasmi diinformasi merupakan jalan yang sering diselesaikan. Bagaimana..? memahamai kehdendak pada dasar akan dapat membantu sesebuah permasalahan itu diselesaikan. Hal ini akan dapat membantu pelajar sebenarnya. Memahami dan mempraktikkan akan dapat memberikan kesan yang positif.

Sebagai contoh ukuran sesebuah site broader bagi kawasan kiri dan kanan adalah 3 meter. Jika kita tidak mengambil berat mengenai permasalahan ini, ia akan memberikan impak yang beberbeza. Untuk mengatasinya adalah dengan membuat rujukan pada buku-buku ilmiah dan sebagainya.


Catatkan masalah diinformasi dalam penghasilan

Di dalam sesebuah perkara yang hendak dilakukan, pasti mempunyai permasalah yang paling ketara. Ini tidak dapat dielakkan. Termasuklah di dalam dunia senibina. Sesebuah rekaan yang dihasilakn selalunya tidak mengikuti saintifik yang telah disediakan. Ini kerana, lakaran dan dunia sebenar merupakan dunia yang cukup berbeza.

Pernah ketika di mana tapak dan lakaran awal berbeza. Hal ini kerana, orang yang hanya melakar tidak akan tahu dunia sebenar yang harus mereka terima. Apaiba sesebuah lakaran diterima, sebelah pihak lain akan mengambil jalan yang mudah untuk memenuhi kehendak masing-masing,.

Penipuan merupakan permainan yang selalu diputar belitkan. Hal ini kerna, penipuan akan menutup semua kesilapan yang pada dasarnay hanya masalah kecil. Begitu juga dalam dunia mencari ilmu. Bagaikan sebuah cerita dari bollywood yang mampu menipu semua orang dengan meminjam suara sebenar dapat mengkaburi mata semua pihak.




Praktikkan apa yang anda pelajari dengan memblog sejarah arkitektur / senibina HBP ?


Tahun 2 merupakan tahun yang sukar bagi seorang pelajar arkitek yg baru bertahtih. Menyusuri perjalan yang berbeza, arkitek merupakan dunia yang luas dengan ilmu pengetahuan. Berada di Studio Tahun 2 bagi saya bagaikan satu lapangan yang luas yang memerlukan tanggungjawab saya sebagai pelajar yang sebenarnya. Mempelajari semua aspek termasuk permasalahan pada sesebuah bangunan menjadikan saya tertekan.

Mempelajari studio dengan banyak ragamnya dari pensyarah sendiri memberikan satu tekanan pada dasarnya. Memenuhi kehendak mereka umpama anda bekerja di dunia sebenar. Lakaran gagal, tidak diluluskan menjadi saya lali. Pada studio 200, saya berhadapan dengan permasalah lokasi tapak dan banyak lagi. Ini memeberikan tekanan bagi orang yang masih mentah dalam dunia lakaran bangunan seperti ini.

Saya bukanlah pendai seperti pelajar yang lain, juga tidak mahir dalam ilmu kiraan, ini memberikan kesukaran kepada saya untuk memahami lebih mengenai dunia senibina. Bagi saya, semua ini bukanlah satu halangan, jika kita mahukan sesuatu, usaha harus diutamakan.

Syukur pada Yang Maha Esa, studio 200 saya masih sempurna dan masih diperlukan pada saat ini. Perkara yang paling menakutkan bagi saya adalah mengulangi semula apa yang pernah saya pelajari dahulu. Tapi tak mengapa, mempelajari sesuatu daripada masalah umpama mematangkan fikiran yang masih muda. Begitulah lumrah dalam putaran kehidupan seorang manusia.