skip to main |
skip to sidebar
Kebernaran akan terbit apaila kita mempunyai bukti yang kukuh dan tidak boleh dipertikaikan. Sebagai contoh apabila kita ingin berbicara, sesuatu yang hendak diutarakan harus diberikan fakta yang kukuh.
Datum yang hendak dikaji kebenaranya adalah melalui jalan atau cara penyampainya.Ini bergantung kepada mereka yang menilainya. Kebenaran bagi saya adalah fakta yang kukuh. Datum kebenaran yang hendak saya berikan adalah dengan memberikan keyakinan dan kejujuran dalam sesebuah hasil.
Hal ini aka memberikan impak yang besar dan fahaman yang positif. Saya juga mengamalkan sikap ikhlas dalam menghasilkan sesebuah karya atau lakaran yang hendak dipamerkan.
Membasmi diinformasi merupakan jalan yang sering diselesaikan. Bagaimana..? memahamai kehdendak pada dasar akan dapat membantu sesebuah permasalahan itu diselesaikan. Hal ini akan dapat membantu pelajar sebenarnya. Memahami dan mempraktikkan akan dapat memberikan kesan yang positif.
Sebagai contoh ukuran sesebuah site broader bagi kawasan kiri dan kanan adalah 3 meter. Jika kita tidak mengambil berat mengenai permasalahan ini, ia akan memberikan impak yang beberbeza. Untuk mengatasinya adalah dengan membuat rujukan pada buku-buku ilmiah dan sebagainya.
Di dalam sesebuah perkara yang hendak dilakukan, pasti mempunyai permasalah yang paling ketara. Ini tidak dapat dielakkan. Termasuklah di dalam dunia senibina. Sesebuah rekaan yang dihasilakn selalunya tidak mengikuti saintifik yang telah disediakan. Ini kerana, lakaran dan dunia sebenar merupakan dunia yang cukup berbeza.
Pernah ketika di mana tapak dan lakaran awal berbeza. Hal ini kerana, orang yang hanya melakar tidak akan tahu dunia sebenar yang harus mereka terima. Apaiba sesebuah lakaran diterima, sebelah pihak lain akan mengambil jalan yang mudah untuk memenuhi kehendak masing-masing,.
Penipuan merupakan permainan yang selalu diputar belitkan. Hal ini kerna, penipuan akan menutup semua kesilapan yang pada dasarnay hanya masalah kecil. Begitu juga dalam dunia mencari ilmu. Bagaikan sebuah cerita dari bollywood yang mampu menipu semua orang dengan meminjam suara sebenar dapat mengkaburi mata semua pihak.

Tahun 2 merupakan tahun yang sukar bagi seorang pelajar arkitek yg baru bertahtih. Menyusuri perjalan yang berbeza, arkitek merupakan dunia yang luas dengan ilmu pengetahuan. Berada di Studio Tahun 2 bagi saya bagaikan satu lapangan yang luas yang memerlukan tanggungjawab saya sebagai pelajar yang sebenarnya. Mempelajari semua aspek termasuk permasalahan pada sesebuah bangunan menjadikan saya tertekan.Mempelajari studio dengan banyak ragamnya dari pensyarah sendiri memberikan satu tekanan pada dasarnya. Memenuhi kehendak mereka umpama anda bekerja di dunia sebenar. Lakaran gagal, tidak diluluskan menjadi saya lali. Pada studio 200, saya berhadapan dengan permasalah lokasi tapak dan banyak lagi. Ini memeberikan tekanan bagi orang yang masih mentah dalam dunia lakaran bangunan seperti ini.
Saya bukanlah pendai seperti pelajar yang lain, juga tidak mahir dalam ilmu kiraan, ini memberikan kesukaran kepada saya untuk memahami lebih mengenai dunia senibina. Bagi saya, semua ini bukanlah satu halangan, jika kita mahukan sesuatu, usaha harus diutamakan.
Syukur pada Yang Maha Esa, studio 200 saya masih sempurna dan masih diperlukan pada saat ini. Perkara yang paling menakutkan bagi saya adalah mengulangi semula apa yang pernah saya pelajari dahulu. Tapi tak mengapa, mempelajari sesuatu daripada masalah umpama mematangkan fikiran yang masih muda. Begitulah lumrah dalam putaran kehidupan seorang manusia.
